PROFIL


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU 20
Sejarah Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20 bermula sebelum 15 hb. April, 1908 lagi iaitu bermula dari sekolah di Pasir Gorek, Pantai Jeram yang mana terdiri sebuah sekolah yang didirikan oleh kerajaan dikala itu. Pasir Gorek, di pantai Jeram terletak kira-kira 1.5 kilometer dari penempatan sekarang. Kemudian dengan adanya pembukaan tanah baru dan perpindahan, kampung ini dinamakan Kampong Baru Jeram. Dengan gotong-royong didirikan bangunan yang bertiangkan nibung dan beratapkan nipah untuk anak-anak mereka belajar.
Dengan daya usaha ketua orang-orang melayu iaitu Penghulu Mukim Jeram Almarhum Raja Saifullah mendesak Kerajaan British mendirikan satu bangunan yang sempurna, terlaksana dan digunakan, seterusnya dirasmikan sebagai sekolah dan dinamakan Sekolah Kebangsaam Jeram Batu 20. Ia dinamakan Sekolah Sekolah Kebangsaan Jeram batu 20 kerana mengambil sempena pancang jarak dari sekolah ini menghala ke Bandar Diraja Kelang jauhnya 20 batu (32 km).
Pada 15 hb April 1908, bangunan baru telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Jeram, Almarhum Raja Saifullah bersama-sama dengan Encik Ibrahim, Assistant Vice Teacher. Pada masa itulah bermulanya sejarah sekolah ini.
Kini sekolah ini mempunyai kawasan seluas 4.75 ekar bersamaan 1.9 hektar dengan tujuh blok bangunan yang digunakan. Sementara di sekeliling kawasan sekolah ditanami pokok dan tumbuhan renek. Lukisan mural terdapat di dinding-dinding bangunan sekolah yang menampakan suasana indah dan ceria.
Pada tahun 1983 sekolah ini telah diperuntukkan dengan sebuah bangunan baru “Blok C”. Mulai tahun 1985, bilangan murid bertambah dari tahun ke tahun berikutnya. Pada tahun 1989, sekali lagi mengalami perubahan dengan pembinaan dua buah blok bangunan “Blok D” dan “Blok E” yang merupakan bangunan segera / gotong royong yang menelan belanja sekitar $50,000-00 sen. (Penggunaan simbol RM berkuatkuasa mulai  tahun 1992).
Pada akhir tahun 1994, pembinaan bangunan baru “Blok F” dimulakan dan awal tahun 1995 sekolah ini telah menempatkan bilik-bilik darjah dan Pusat Kegiatan Guru Jeram di tingkat atasnya. Sekali lagi bangunan baru dua tingkat dibina iaitu “Blok G” yang dimulakan pembinaannya pada tahun 1998 dan digunakan pada tahun 1999. Bangunan ini menempatkan bilik darjah, bilik makmal sains dan bilik BOSS.
Mulai tahun 1991, seramai lebih 450 orang pelajar selama tiga tahun berturut-turut. Sekolah ini telah dinaik taraf ke gred “A” mulai tahun 1994 dengan enrolmen pelajar melebihi 450 orang pelajar. Kini, sekolah ini merupakan sebuah sekolah tersergam indah dengan penambahan kelengkapan sempurna termasuklah sebuah makmal komputer pada Januari 2001. Suasana pembelajaran yang tenteram, segar dan bersih maka pencapaian akademik dan kokurikulun dijangka akan terus meningkat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

 
© SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU 20 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO