Minggu Kecerdasan : Senam Aerobik

on Tuesday, July 19, 2011

Sempena Minggu Kecerdasan Sk Jeram Batu 20, satu program senam aerobik telah diadakan pada hari ini. Program ini disertai oleh semua pelajar dan guru SK Jeram Batu 20, program senam aerobik ini diketuai oleh Puan Nurul Khatijah dan rakan-rakan.

Ketua Senam aerobik dan rakan-rakan

Pelajar-pelajar yang turut serta

Antara sedutan Program Senam Aerobik

Tag :

LADAP : Kitar Semula Bahan Terbuang

Pada 13 Julai 2011, Program LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) telah dijalankan. Program LADAP kali ini dianjurkan oleh Bahagian Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Aktivi LADAP ini mengajar cara mengitar semula bahan terbuang (surat khabar) kepada bekas/bakul yang boleh digunakan. Program ini disertai oleh guru-guru SK Jeram Batu 20. Di akhir program ini, satu Pertandingan Mereka Cipta Antara Guru telah dijalankan. Guru-guru dikehendaki mereka bekas/bakul yang tercantik/terbaik dan akan diadili.

Antara GPK yang turut serta

Guru -guru tekun belajar 

Antara guru-gulu lelaki yang turut serta

program ini diakhiri dengan jamuan ringan, semoga Program LADAP yang berikut dapat terus belajar perkara-pekara baru. 

p/s : Pertandingan Mereka Cipta Antara Guru masih berjalan
Tag :

Sambutan Israk Mikraj

Pada 8 Julai 2011, majlis sambutan Israk dan Mikraj telah diadakan  di Dataran Ilmu, SK Jeram Batu 20. Majlis sambutan dimulakan dengan program ceramah perdana yang oleh Ustaz Hainurin Samsusah dari Maahad Tahfiz Intergrasi Sains dan Teknologi. Kemudian majlis diteruskan dengan akitiviti kuiz dan penyampaian hadiah.

Ustaz Hainurin menyampaikan ceramah

Guru-guru dan pelajar-pelajar yang turut serta dalam majlis 

pelajar-pelajar tekun mendengar ceramah

Majlis seperti amatlah baik bagi memupuk dan menambah pengetahuan kepada murid-murid dan pelajar, agar sentiasa tahu dan menghargai peristiwa- peristiwa dalam Islam
Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

 
© SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU 20 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO