Majlis Dialog Bersama Penjaga Tahun Enam 2011.

on Monday, January 17, 2011

Pada 15 Januari 2011 telah diadakan Majlis Dialog Bersama Penjaga Tahun Enam. Antara Pengisiannya adalah sesi ceramah motivasi bertajuk "Anak Cemerlang Bermula Didikan Ibu Bapa Sempurna" yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Khairul Napesham b. Abd Razak, Pensyarah Politeknik Shah Alam. Seterusnya sesi taklimat program sekolah oleh GPK Tadbir Pn. Joanna Teo Abdullah dan sesi dialog bersama ibu bapa penjaga murid tahun enam.
Pendaftaran penjaga tahun enam.

Murid-murid dan para penjaga tahun enam yang hadir.

Penceramah jemputan Ustaz Khairul Napesham b. Abd Razak.


Tag :

Program Motivasi Insan Gemilang (PMIG) 2011.

on Friday, January 14, 2011

Program Motivasi Insan Gemilang (PMIG) 2011 anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling telah selesai dilaksanakan pada 11 hingga 13 Januari 2011. Ianya melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Terima kasih kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan aktiviti ini.
Taklimat PMIG 2011 yang telah disampaikan oleh Guru Bimbingan.

Antara bahan-bahan yang disediakan untuk PMIG 2011.

Antara tugasan yang sedang diselesaikan oleh murid-murid.

Murid mempersembahkan hasil tugasan PMIG 2011.
Tag :

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2011

on Monday, January 10, 2011

Tanggal 10 Januari 2011 ahli jawatankuasa Pengawas Sekolah telah mengadakan majlis penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2011. Perlantikan adik Mohammad Shahir B. Johari sebagai Ketua Pengawas 2011 dan adik Farah Iwani Bt. Abdul Aziz sebagai Penolong Ketua Pengawas 2011. Seramai 53 orang pengawas telah dilantik pada tahun ini. Majlis ini diadakan di tapak perhimpunan semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan. Majlis ini telah disempurnakan oleh puan guru besar iaitu Pn. Sohana Bt Ismail.
Simbolik Pelantikan Ketua & Penolong Pengawas 2011

Bacaan Ikrar Pengawas

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik dan diharap dapat menjalankan tanggungjawab serta amanah yang diberikan dengan baik.
Tag :

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG 2011

on Tuesday, January 04, 2011

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG
2011
Tarikh :
3 Januari 2011 - 14 Januari 2011

Objektif :
  • Memberi pendedahan alam persekolahan kepada murid
  • Mencetuskan minat murid untuk menghadapi suasana pembelajaran di sekolah
Program Transisi dan Guru Penyayang 2011 diadakan khas untuk pelajar-pelajar darjah 1. Program diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid terhadap suasana pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Disamping itu, murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dan dapat mengenalpasti serta menggunakan kemudahan yang disediakan di sekolah.

Tag :

Persediaan 2011

on Sunday, January 02, 2011

TERIMA KASIH!!!!
Kepada guru-guru dan kakitangan sokongan 
di atas kerjasama yang diberikan bagi persediaan persekolahan 2011
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2011


Tag :

SELAMAT TAHUN BARU 2011

on Saturday, January 01, 2011

Tag :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blogger templates

 
© SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM BATU 20 | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO